+603-7980 3000 enquiry@eakonacademy.edu.my

Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)

Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)

Penyaman Udara & Pengudaraan Mekanikal Tahap 1 & 2

Terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun yang telah tamat belajar, Program ini bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan yang disediakan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

 

Kelayakan Dan Pengiktirafan

Pelatih yang berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.

 

Jangkamasa Kursus

Jangkamasa kursus yang telah ditetapkan oleh CIDB Malaysia adalah selama 4 bulan

 

Tempat Belajar

Tempat belajar di Eakon Academy, No.27, Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entrepreneur’s Park, 58200, Kuala Lumpur.

 

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/ bengkel dan asas bantuan kecemasan
  • Menyediakan bil dan bahan & perkakas yang digunakan
  • Menyediakan aktiviti pra-pemasangan
  • Melaksanakan kerja pemasangan elektrik dan peralatan penyaman udara
  • Melaksanakan kerja pemasangan dawai terkawal
  • Melaksanakan kerja paip penyejukbekuan
  • Melaksanakan perkhidmatan dan kerja penyenggaraan
  • Melaksanakan kerja penyelesaian masalah
  • Menjalankan aktiviti pengemasan.

 

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Minima menduduki peperiksaan SPM atau setaraf dengannya
  • Berumur 17–35 tahun bagi Program Belia
  • Tidak pernah mengikuti sebarang program kompetensi kemahiran di bawah CIDB Malaysia.
  • Tidak terikat dengan mana-mana program atau masih menuntut di mana-mana pusat latihan awam mahupun swasta.

 

Kadar Yuran

  • Yuran pendaftaran sebanyak RM175.00
  • Di sepanjang tempoh kursus, elaun akan dibayar sebulan sekali sahaja. Anda akan diberi elaun saku berjumlah RM50.00 sebulan, elaun makan/minum RM15.00 sehari tidak termasuk cuti umum, Sabtu & Ahad, kad hijau, kasut keselamatan, baju t’shirt (2 helai) dan yuran bagi kursus ini adalah di tanggung sepenuhnya oleh CIDB.

 

Asrama

Kemudahan penginapan disediakan kepada berminat. Minimum kadar sewa yang dikenakan adalah antara RM250.00 sehingga RM350.00 termasuk utiliti (bil air & elektrik).

Deposit satu bulan dikenakan untuk bulan pertama.

 

Click the Button at below and we will contact you soon.

Open chat